Saturday, March 9, 2013

Hari Terakhirku

Salam semua. Alhamdulillah akhirnya tamat juga pengajian mufakhma di kolej PTPL Seremban. Setelah 2 tahun setengah mufakhma berhempas pulas di kolej untuk menuju ke puncak kemenangan. Tetapi perjalanan mufakhma masih belum terhenti begitu sahaja kerana pada bulan April nanti mufakhma akan menjalani latihan industri di sebuah hospital yang terletak di bandar Kuantan, Pahang. Selama 6 bulan mufakhma akan menetap di sana. Dan selama 6 bulan juga mufakhma akan menjalani, mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sebagai pelajar latihan industri. Mufakhma harap korang semua mendoakan kejayaan mufakhma di sana nanti. Serta dapat menghabiskan pengajian mufakhma yang sebenar-benarnya. Insya Allah. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari ok....

Sunday, February 3, 2013

Launching MLT Club 2013

Assalamualaikum. Ha lama mufakhma x menulis kan.... Hari ni mufakhma nak cerita pasal kenangan yang terukir semasa event Launching MLT Club 2013. launching MLT Club ni kitorang jalankan pada 2 Februari 2013 bersamaan hari Jumaat. Event ni kitorang plan dalam masa yang singkat x smpai sebulan sume dah terlaksana. Pelbagai aktiviti yang kitorang lakukan semasa event tersebut, dan juga terdapat anugerah-anugerah buat lecture kami yang tersayang. 

Pada hari tersebut, mufakhma menjadi mc dan digandingkan dengan kawan mufakhma iaitu Zue. Latihan menjadi mc sangat singkat walaupun ada kekangan semasa latihan tersebut. Mufakhma nak ucapkan terima kasih kepada Zue kerana telah menyiapkan teks mc tersebut. Tanpa teks tersebut tak berjalan event ni.


Event berjalan dengan lancar. Persembahan yang dilakukan juga menghiburkan hati para hadirin yang hadir serta AJK yang terlibat. Persembahan pembukaan dilakukan oleh gabungan sem 3, 5 dan 6 yang membuat persembahan Dikir Barat. Mufakhma sendiri tak dapat nak tunjukkan rasa terharu, bangga, dan sedih melalui tulisan dan kata-kata. Kerana event ini memang cukup menyentuh perasaan lecture-lecture kami.

Ini saja yang dapat mufakhma ceritakan kepada korang semua. Biarlah ianya menjadi 1 kenangan yang terindah yang boleh diingat sampai bila2.


Wednesday, October 17, 2012

Pencinta Haiwan...


    Salam hari ni mufakhma nak cerita pasal kitorang wat khidmat masyarakat kat Zoo Negera. Ade pengalaman manis ada juga pahitnya. Kitorang semua bergerak dari kolej jam 6.30 pagi sebab kami mesti sampai ke destinasi sharp jam 8.00 pagi kalau tidak kami tak dibenarkan masuk. Masuk boleh tapi berbayar, tah pape syarat pihak Zoo Negara ni. 

      Sampai je kat sana kitorang terus dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mufakhma dah bercadang nak sertai kumpulan khidmat masyarakat ni tapi memandangkan Mufakhma bawa kamera jadi terpaksa jadi Cameraman pulak. Yang tak best-nya masa dibahagikan kumpulan facilitator kat situ agak sombong sikit sebab ucapan selamat datang pun tak diberi dah la tu masa bagi taklimat ringkas pun dengan nada yang kasar takde lembutnya bila bercakap.

     Bila dah dibahagikan kumpulan, diorang dibawa ke tempat-tempat yang telah disediakan. Mufakhma yang jadi cameraman ni ditemani mentor Mufakhma iaitu Puan Yanie. Tugas Mufakhma kena ambik gambar aktiviti pelajar dari luar kawasan tempat mereka. Kalau nak masuk kena dapatkan permission dari faci tempat tersebut. Yang Mufakhma tak puas hati....Mufakhma dengan mentor terpaksa berjalan kaki satu Zoo Negara ni penat tau!!!!! Sekurang-kurangnya bagi la kenderaan paling cikai pun basikal ini tak. Mufakhma tak kisah sangat kalau Mufakhma sorang-sorang yang merayau tapi Mufakhma dengan mentor. Kesian dia letih berjalan. Sampai satu tahap dia terpaksa rest sekejap.

        Yang lagi tak puas hati pasal harga! Ye kedai-kedai yang ada dalam Zoo Negara ni mencekik darah ke ape mahal sangat mengalahkan Genting Highland pulak. Air mineral sebotol RM2, kat Genting baru RM1.50 je aptb betul.....

ni combie comel x name die?

     Walaubagaimana pun, pihak faci bagi kebenaran untuk melawat Zoo Negara selepas tamat aktiviti khidmat masyarakat kami dengan haiwan-haiwan yang berada di Zoo Negara ini. Mufakhma dengan yang lain-lain gunakan kesempatan yang ada. Dalam jam 12.00 tengah hari kami berkumpul di tempat di mana kami berkumpul pada mula-mula kami sampai. Dan untuk penutupan khidmat masyarakat ini kami mengambil gambar sebagai tanda kenangan kami yang telah berjaya melakukan aktiviti khidmat masyarakat tersebut.


    Oh lupa nak bagi tahu sesi penutupan kami tanpa ucapan TERIMA KASIH dari pihak Zoo Negara. Lepas habis aktiviti kami dibiarkan macam tu saja. Bukan susah nak ucapkan TERIMA KASIH pun dan tak mati pun. Tolonglah pihak Zoo Negara tunjukkan sifat kemesraan anda itu jangan pilih kasih kami juga tetamu anda. Kenapa dengan bangsa asing boleh buat tapi dengan rakyat sendiri????? Boleh dikira dengan jari ada beberapa saja pihak faci yang mesra, yang lain hermm tak tahu apa nak cakap. 

Oklah...itu saja cerita dari Mufakhma yang dapat dikongsikan dengan anda semua. Mufakhma nak minta maaf jika Mufakhma membuat anda terasa dan juga pihak Zoo Negara kerana telah menceritakan keburukan pihak Zoo Negara. Niat Mufakhma bukan nak memburuk-burukkan tapi untuk memberi kesedaran agar menunjukkan sifat kemesraan dan jangan pilih kasih...Ok sekian....

Saturday, October 13, 2012

Rumah Seri Kenangan Seremban


         Salam semua hari ni Mufakhma nak berkongsi pengalaman mengenai kerja khidmat masyarakat kami di sebuah tempat yang diberi nama Rumah Seri Kenangan Seremban. Walaupun pelbagai halangan nak menjalankan projek semesta ni tapi kami semua berganding bahu untuk mencapai objektif kami. Kami melakukan khidmat masyarakat di sana kerana ingin menyambut Hari Warga Emas sedunia yang baru sahaja berlangsung beberapa minggu yang lepas. Tapi kami melakukan projek ini awal kerana kekangan masa dan jadual di kolej kami, jadi kami memutuskan untuk melakukan awal beberapa minggu sahaja. 

         Di sana kami telah aturkan beberapa aktiviti seperti ibubapa angkat, menganyam ketupat, mesra bersama dan lain-lain. Walaupun ade beberapa aktiviti tidak dapat dilakukan dengan sempurna tetapi kenangan yang kami ukirkan bersama warga RSK Seremban memang cukup bermakna.

          Sebesar mana pun silap ibubapa kita, janganlah kita tergamak untuk menghantar mereka ke rumah orang-orang tua.

Saturday, April 14, 2012

Boikot TV3....

Wow je tajuk memang interesting kan! Tapi aku bukan nak cerita pasal aku nak boikot TV3 tapi aku nak terangkan kat korang yang sape-sape kononnya Boikot TV3.

Ok kita mula dari korang membenci dengan TV3. Korang bencikan TV3 dalam masa yang sama korang pon tak suke atau kata kasar dia BENCIkan Kerajaan. Tapi korang tau tak TV3 tue sebuah syarikat penyiaran swasta? Kalo korang boikot TV3 abis tue korang tengok berita kat channel mane ek? Kat TV9 ker? Tak pon kat NTV7? Tak pon kat 8TV? Sume yang aku senaraikan nie dibawah naungan Media Prima. TV3 pon di bawah nanungan Media Prima so kalo korang boikot TV3 kena la boikot sume sekali kan....! Lagi 1 kalo korang memang betol boikot sume tue, korang tengok berita kat mane lagi? RTM1 ker? RTM2 ek? Eh kejap bukan ker RTM1 & RTM2 tue badan Kerajaan punya? Ha..... fikir balik! Kata korang tak suka dengan Kerajaan tapi kenapa korang tengok berita kat RTM?

So...kalo da nak boikot sangat korang tengok la berita kat Astro. Kalo tak silap kat Astro Ria dengan Astro Awani. Itu pon bagi yang berkemampuan untuk memiliki Astro je ok. Yang tak berkemampuan tak payah tengok berita langsung. Esok pagi-pagi terus beli surat akhbar je ok kat situ pon banyak berita ok.....

Ok saya nak buat kesimpulan sikit. Tak payah nak boikot sangat la TV3 ok....nanti susahkan diri jer...Selamat malam dan Selamat Beramal........!!!!!!!!!!!!

Kenangan Bersama

Saturday, February 25, 2012

Kenangan Bersama Mentor


Aku harap video ni akan menjadi kenangan terindah
buat aku selama aku belajar di kolej swasta tu. Love all of you.