Saturday, February 25, 2012

Kenangan Bersama Mentor


Aku harap video ni akan menjadi kenangan terindah
buat aku selama aku belajar di kolej swasta tu. Love all of you.

Saturday, February 18, 2012

Hati Yang Pilu....



Salam sume kali ni entry menyedihkan. Tanggal 17/2/2012, aku kehilangan sepupu aku yang tersayang. Aku mendapat berita buruk ni ketika aku balik dari kolej petang tu. Ayah aku bagitahu yang Kak Ct xcident d Pot Dickson lepas solat Jumaat. Aku bertanya kepada ayah aku, bagaimana keadaan si arwah (sebelum meninggal)? Ayah aku kata keadaan dia agak kritikal sewaktu di Hospital PD. Ayah aku kata kalau keadaan dia stabil, dia akan di bawa ke Hospital Seremban. Tapi malangnya selang beberapa jam daripada tu dalam pukul 8.45pm kami dikejutkan dengan pemergian Kak Ct. Keadaan dalam rumah menjadi hiba. Walaupun si arwah hanya sepupu tapi sebelum arwah meninggal dunia aku pernah berjanji dengan dia untuk mengambil gambar dia bila dia berkahwin nanti. Tapi hajat aku tak kesampaian dan aku terasa agak terkilan juga.


Setelah mendapat berita tu, kitorang semua bergegas ke rumah keluarga si arwah di Putrajaya. Setibanya kitorang kat sane, jenazah pon dah sampai. Sempat juga aku dengan yang lain bersolat jenazah. Pada badan si arwah langsung tak ada luka kata mak si arwah ni, tapi si arwah meninggal akibat tulang rusuk dia patah dan limpa dia pecah. Ceritanya begini, si arwah baru dapat beli kereta baru dan si arwah ni nak ambik adik dia si kherun (kembar aku). Si kherun ni telefon si arwah suruh ambik dia kat Politek PD sebab si kherun ni baru nak cuti seminggu. Jadi lepas si arwah dah ambik kherun, si arwah nak keluar dari Politek PD. Kejadian berlaku ketika si arwah nak keluar simpang dari Politek PD tersebut. Masa keluar dari simpang tersebut, sebuah lori simen telah melanggar kereta si arwah ni. Semasa kejadian tu, si arwah ni tersepit akibat perlanggaran yang kuat tu. Lepas pihak bomba dapat keluarkan si arwah ni, secara kebetulan si kherun ternampak pakcik saudara kitorang lalu dia memanggil untuk bawa si arwah ke hospital. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Si Kherun hanya luka kecil saja tapi dia mengalami trauma.


Si Kherun tak habis-habis menyalahkan diri dia sebab Kak Ct meninggal. Puas kitorang pujuk dia tapi dia masih macam tu. Semasa aku melawat ke rumah dia pagi tadi, aku tengok dia asyik memeluk handbeg si arwah di atas katil. Aku jadi kesian dengan dia sebab dia masih trauma dengan kejadian tu. Aku harap Kherun si kembar aku yang sorang ni, janganlah bersedih dan jangan menyalahkan diri ok Kak Ct pergi sebab ajal dia dah sampai. Allah tu sayangkan dia sebab tula dia jemput Kak Ct. Aku pon sedih gak sebab Kak Ct tinggalkan aku. Banyak-banyak bersabar ek kembar. Insyaallah dia akan tenang nanti jangan kau risau.