Saturday, March 9, 2013

Hari Terakhirku

Salam semua. Alhamdulillah akhirnya tamat juga pengajian mufakhma di kolej PTPL Seremban. Setelah 2 tahun setengah mufakhma berhempas pulas di kolej untuk menuju ke puncak kemenangan. Tetapi perjalanan mufakhma masih belum terhenti begitu sahaja kerana pada bulan April nanti mufakhma akan menjalani latihan industri di sebuah hospital yang terletak di bandar Kuantan, Pahang. Selama 6 bulan mufakhma akan menetap di sana. Dan selama 6 bulan juga mufakhma akan menjalani, mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sebagai pelajar latihan industri. Mufakhma harap korang semua mendoakan kejayaan mufakhma di sana nanti. Serta dapat menghabiskan pengajian mufakhma yang sebenar-benarnya. Insya Allah. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari ok....