Saturday, October 13, 2012

Rumah Seri Kenangan Seremban


         Salam semua hari ni Mufakhma nak berkongsi pengalaman mengenai kerja khidmat masyarakat kami di sebuah tempat yang diberi nama Rumah Seri Kenangan Seremban. Walaupun pelbagai halangan nak menjalankan projek semesta ni tapi kami semua berganding bahu untuk mencapai objektif kami. Kami melakukan khidmat masyarakat di sana kerana ingin menyambut Hari Warga Emas sedunia yang baru sahaja berlangsung beberapa minggu yang lepas. Tapi kami melakukan projek ini awal kerana kekangan masa dan jadual di kolej kami, jadi kami memutuskan untuk melakukan awal beberapa minggu sahaja. 

         Di sana kami telah aturkan beberapa aktiviti seperti ibubapa angkat, menganyam ketupat, mesra bersama dan lain-lain. Walaupun ade beberapa aktiviti tidak dapat dilakukan dengan sempurna tetapi kenangan yang kami ukirkan bersama warga RSK Seremban memang cukup bermakna.

          Sebesar mana pun silap ibubapa kita, janganlah kita tergamak untuk menghantar mereka ke rumah orang-orang tua.

No comments:

Post a Comment