Saturday, August 27, 2011

Berbuka Puasa Bersama Dengan X-5BGVL

Salam. Hari ni aku buat event berbuka puasa dengan x-5BGVL (Bougainvillea). Baru dua tahun buat event ni yela kan baru jer tamat pengajian di sekolah menengah pada tahun 2009. Tahun lepas aku buat event ni memang best sebab ramai yang datang berbuka bersama tapi tahun ni agak memuaskan sebab berapa kerat jer yang datang. Diorang tak datang bersebab sebenarnya ada yang dah balik kampung, ada yang keluar dengan member lain dan ada yang x dapat kebenaran dari parent.

Kite lupakan sume tu, ok aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat kawan-kawan aku yang datang ke event tadi walaupun x ramai. Herm...walaupun x ramai aku da cukup happy sebab korang sudi datang ke event tu dan dah banyak kite mlakarkan kenangan tadi. Hari ni sebenarnya aku nak belanja diorang tapi diorang sibuk2 jer cakap kat aku diorang nak bayar balik herm xpelah...

Dah la tu, boleh lak aku tersalah order makan hu3.... sepatutnya aku order 2 set double cheese burger, 3 set McChicken tapi aku terorder 4 setdouble cheese burger gn 2 set McChicken. Pastu boleh pulak aku suh kawan aku belikan lagi air coke gn kentang goreng padahal dah cukup herm xpela makan jela. Pastu hari ni merupakan first time aku makan cheese disebabkan tersalah order tadi hu3 tah apalah rasa die tadi ek wah xde prasaan aku ni. Pastu boleh lak kawan aku cakap kat aku sedap x makan cheese...aku just cakap terpaksa makan walaupun x suka cheese.

Lepas habis jer berbuka puasa kitorang terus singgah ke bazaar kat sebelah. Lama gak kitorang gi bazaar tu dalam 1jam setengah lar...sesak betol kat bazaar tadi dah macam sardin kat situ. Rimas aku kat bazaar tadi ish...lepas habis merayau kat bazaar kitorang terus jer balik sebab salah sorang dari kitorang nak balik awal..

Tu jela kot yang aku nk citer...Thanks kawan-kawan sebab sudi luangkan masa bersama sebelom korang sume start sambung belajar balik lepas cuti raya ni.... Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, August 21, 2011

Kisah Aku dan Dia

Entry kali ni aku nak cite bermulanya kisah aku dengan si dia. Citenya bermula sejak aku mula2 masuk ke sebuah sekolah ni di seremban. Mase 2 aku di tingkatan 2 lagi, walaupun aku ni x pernah ade perasaan nak bercinta-cintan tapi tah macam mne aku ade simpan perasaan kat sorang budak ni.

Dia ni kawan sekelas aku. Dia baik sangat sejak dari 2 aku da mula berkawan rapat dengan dia walaupun aku tau yang dia dah berpunya. Pasangan dia x kisah aku rapat dengan dia sebab aku pun berkawan baik dengan pasangan dia 2. Tapi perasaan aku hanya jadi sebuah angan2.

Sewaktu aku di tingkatan 3, perasaan aku terhadap dia timbul semula. Aku rase pelik sangat waktu 2. Mase 2 pun dia sudah berpunya tapi dengan orang lain. Aku macam biasa gigit jari, pendam perasaan dan hanya pandang dari jauh. Aku cuba dekat dengan dia tapi x berjaya. Sampai satu tahap tah macam mane aku boleh termimpikan dia. Ish3.... Aku bermimpi yang aku ni akan bersama dengan dia. Aku bermimpi yang aku akan menjadi seorang pasangan. Adoyai pelik kan?

Kadang kala aku terpikir jugak betapa gembiranya hati aku bila aku dapat bersama dengan dia walaupun dalam satu kelas. 2 pun dah memadai. Akhirnya angan2 aku telah termakbul yang aku telah masuk satu kelas yang sama di tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5. Mase di tingkatan 4 aku bertambah rapat dengan dia, hati aku mula merasakan sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Mase di tingkatan 4 budak-budak laen menganggap yang kitorang ni macam sebuah famili bahagia. Tapi aku berbeza yela kami sekelas banyak spent time lepas abis kelas macam kami selalu lepak kluar prgi giant ker karaoke ker yan paling x dapat di lupekan kitorang akan beraya beramai-ramai.

Sehinggalah di tingkatan 5, kitorang stil wat aktiviti yang sama. Hati aku makin bertambah kuat dengan dia ketika dia ada masalah dengan sorang kawan aku ni. Aku minta maaf ye kalo ko x tau sume ni. Mase dia ada masalah dengan kawan aku tu, si dia ni datang kata aku mengadu. Aku pun xtau la nak wat macam mne. Aku pun terus jela bagi nasihat ape yang patut. Aku rase lame jugak la dia selalu datang kat aku mnta nasihat. Dalam mase 2 aku pun mula rase laen macam tah la laen macam mane pun aq xtau. Sehingga la dia putus dengan kawan aku 2. Aku still rapat macam selalu dia datang minta nasihat 2. Aku nak cakap kat dia tapi aku segan sangat dengan dia. Tapi aku cuba benda laen macam aku tunjukkan perasaan aku kat dia, tapi malang bagi aku sebab dia x pernah sedar yang aku suka kat dia.

Kalo x silap aku la tahun lepas mase birthday dia aku ajak dia keluar makan tempat biase2 jer. Aku ingatkan dia datang sorang jer tapi dia datang dengan sorang kawan aku ni (aspa). Hati aku berkata kenapa dia datang dengan aspa? Mungkin aku terasa cemburu dengan dia kot. Aku tenang kan diri aku ni terus kan jugak prgi makan. Aku belanja dia makan mase 2 yela birthday girl la kan. Abis sume 2 aku cakap kat dia yang aku ade sesuatu nak bagi kat dia. Dia kata ok. Aku pun bagi la sekeping kad birthday...dalam kad 2 aku ade tulis yang aku dah lame suke kat dia sejak dari tingkatan 3 lagi. N aku cakap lagi sudi x kau jadi pasangan aku? Mlam 2 dia sms aku. Dia cakap yang dia x bersedia lagi nak ade hubungan macam ni. Dia suruh aku fkuskan dengan pelajaran aku. Dia cakap bile dia da bersedia dia akan bagitau aku. So aku pegang janji dia 2.

Tetapi janji dia hanyalah janji biasa janji kosaong. Sebab aku baru perasan yang dia menyukai seseorang yang aku kenal. Aku tengok dia begitu rapat dengan kisah silam dia. Hati aku berkata mungkin da xde jodoh bagi aku. Walaupun hati aku berkata begitu, tetapi perasaan tu x pernah hilang dalam diri aku ni. Dan aku berharap yang aku akan tetp bersam dengan dia suatu hari nanti....

Pompa Bensin ~ Jangan Lupa Namaku [Full Version HQ]

Tuesday, August 16, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Mimpi Yang Musyhkil Bagiku

Entry kali nie mengenai mimpi aku. Mimpi ni bukan mimpi indah yer...! Aku agak hairan dengan sesetengah mimpi aku ni. Sesetengah mimpi aku ni menjadi kenyataan bak kata orang barat Dejavoo tapi dalam Islam juga ada menyebutnya mengenai mimipi benar ini.

Ok aku mula mengalami mimpi yang sebegini pada usia aku seawal 11 tahun. Pada ketika itu aku bermimpi, akan ada orang yang aku paling sayang meninggalkan aku di dunia ni. Yang peliknya muka orang tu aku x dapat nak lihat sebab kabur-kabur je. Esok tu aku bagitau kat mak aku pasal mimpi tu, mak aku kate ia mainan tidur je n tu adalah mimipi dari syaitan. Setelah mak aku cakap mak tu aku pun buat x tau je.

Setiap hari setiap minggu, setiap bulan aku akan bermimpi perkara yang hampir sama tapi kisah yang lain. Yang lagi memelikkan perasaan aku, semua mimipi tu x akan berlaku dalam tempoh yang terdekat. Ia akan berlaku dalam tempoh masa yang panjang, contohnya pemergian arwah nenek aku. Aku bermimpi masa aku di darjah 5, tapi perkara tu berlaku sewaktu aku di awal tingkatan 2.

Aku cuba mengkaji mimpi aku tapi hasilnya mengecewakan aku. Dah ramai orang yang aku bertanya tapi semua cakap perkara yang sama macam mak aku cakap (hanya mainan tidur dan mimipi dari syaitan). Aku silap sepatutnya aku bertanya kepada ustaz aku (masa sekolah dulu) yang ada ilmu agama tapi aku bertanya kepada orang yang tidak mempunyai pengalaman dan ilmu tentang perkara itu.

Dari darjah 5 hingga sekarang aku masih mendapat mimpi seperti tu iaitu mimpi benar. Baru-baru ni dalam 2 minggu lepas aku bermimpi aku keluar pergi ke kedai dengan kawan aku sewaktu aku singgah ke rumah dia, mimipi tu dah jadi kenyataan pada minggu lepas hari jumaat petang sebelum berbuka puasa.

Walaupun aku masih terasa musyhkil tapi aku tetap menganggap ia sebuah anugerah Allah kepada aku. Korang nak tau mimipi-mimpi yang paling best yang pernah aku dapat? Oklah aku cuba senaraikan mana yang aku ingat je ok...

Sewaktu di tingkatan 3 lagi beberapa minggu nak PMR, aku mendapat mimpi soalan kertas Geografi. Banyak soalan yang aku nampak tapi jawapan dia aku x dapat lihat macam biasa ia agak kaur-kabur. Setelah aku menduduki kertas tersebut ternyata ia benar...Korang mesti x percayakan? Mesti korang ingat aku mereka-reka cerita kan? Tapi itulah hakikatnya Allah nak tunjukkan kat aku betapa besar sungguh kekuasaan-Nya.

Yang kedua, sewaktu aku masuk ke sebuah pusat latihan iaitu PLKN. Aku ni wira PLKN Kem de' Bana, Jempol ,N9 (wah berlagak sihh)...Oklah2. Pada suatu hari tu aku bermimpi aku masuk ke kem tersebut. Nak cerita panjang-panjang ker xpayah la kan tau sikit cukup la. Lepas aku bermimpi pada hari tu, raya tahun tersebut aku pergi beraya ke rumah kawan abang aku di Sungai Lui. Jadi sewaktu dalam perjalanan aku ternampak kem tersebut lalu hati aku berkata "Ni ker kem yang aku mimpi tu?", aku terdiam membisu dalam kereta abang aku. Lepas tu aku buat tak tau jela what I care...! 2 tahun lepas tu ternyata aku masuk ke kem tersebut. Banyak lagi kisah mimpi aku sewaktu di dalam kem tersebut. Kalo x percaya korang leh tengok kat fb aq kat photo of Faiq Fareq.

Yang latest kalo x silap aku la, masuk ke kolej aku tu. Aku bermimpi kawan-kawan aku, aku bermimpi chegu2 aku banyak lagi la nak cerita x larat nk menaip ni ha...pandai-pandai la korang yer.

Ni fakta yang aku dapat kesahihannya aku x dapat nak menjawab wallahu alam..
Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.



Kenangan Terindah


Sori la entry kali nie agak sedih bagi aku. Ia mengenai kenangan terindah aku bersama arwah nenek aku. Dalam ramai-ramai cucu dia, cucu dari ahli keluarga aku yang dia paling sayang sebab kitorang yang selalu dekat dengan arwah. Kalau nak di ingatkan semula kisah lama confirm aku akan menangis teresak-esak bagaikan orang yang mati laki <--(kata mak aku).

Yela aku dengan adik beradik aku memang rapat dengan arwah sewaktu hidup. Kemana saja kitorang akan bawak dia contohnya kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson ke pergi Terengganu ker kitorang bawak jugak.

Yang peliknya arwah tak pernah mengadu penat dengan kitorang sewaktu kitorang bawak dia pergi jalan-jalan makan angin malah arwahlah orang yang paling excited nak ikut kitorang pergi bercuti bukan tu je kadang-kala setiap kali cuti sekolah (masa aku sekolah lagi la) arwah akan bertanya nak bawak dia pergi ke mana kali ni. Betapa gembiranya hati kami sekeluarga bila dekat dengan arwah.

Menurut cerita mak aku, arwah dulu seorang ibu yang garang tetapi sejak arwah mempunyai cucunya yang pertama iaitu abang aku, arwah menjadi seorang yang baik dan lemah-lembut. Aku rasa arwahlah orang yang paling baik dalam dunia ni yang aku pernah jumpa. Orang kampung aku pun akui kebaikan arwah ni sewaktu dia masih hidup. Yela aku taupun masa jenazah nak dibawa balik ke rumah kampung aku, waktu tu orang kampung asyik bercakap kebaikan arwah.

Terlalu banyak kenangan aku dan keluarga bersama arwah. Saat arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku dan keluarga tetap berada disampingnya. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 3/1/2006 tepat jam 5 petang. Aku seolah-olah ingin menjerit supaya arwah jangan tinggalkan aku tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan arwah.

Aku lihat mak aku tidak berdaya untuk berdiri dan seringkali pengsan. Mujurlah ada keluarga aku yang lain membantu mak aku menguatkan semangatnya. Tetapi mak aku mengambil masa selama 6 bulan untuk menerima pemergian arwah nenek aku itu.

Kini telah 6 tahun arwah meninggalkan aku dan sekeluarga. Kami yang masih hidup disarankan untuk berbanyakkan berdoa kepada Allah supaya arwah berada disisi Allah. Yang pergi tetap pergi, yang masih hidup haruslah teruskan perjalanannya. Kerana perjalanannya masih jauh lagi.

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Arwah yang dinyatakan adalah Samidah binti Yusof yang meninggal dunia pada usia 64 tahun. (AL-FATIHAH)