Tuesday, August 16, 2011

Kenangan Terindah


Sori la entry kali nie agak sedih bagi aku. Ia mengenai kenangan terindah aku bersama arwah nenek aku. Dalam ramai-ramai cucu dia, cucu dari ahli keluarga aku yang dia paling sayang sebab kitorang yang selalu dekat dengan arwah. Kalau nak di ingatkan semula kisah lama confirm aku akan menangis teresak-esak bagaikan orang yang mati laki <--(kata mak aku).

Yela aku dengan adik beradik aku memang rapat dengan arwah sewaktu hidup. Kemana saja kitorang akan bawak dia contohnya kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson ke pergi Terengganu ker kitorang bawak jugak.

Yang peliknya arwah tak pernah mengadu penat dengan kitorang sewaktu kitorang bawak dia pergi jalan-jalan makan angin malah arwahlah orang yang paling excited nak ikut kitorang pergi bercuti bukan tu je kadang-kala setiap kali cuti sekolah (masa aku sekolah lagi la) arwah akan bertanya nak bawak dia pergi ke mana kali ni. Betapa gembiranya hati kami sekeluarga bila dekat dengan arwah.

Menurut cerita mak aku, arwah dulu seorang ibu yang garang tetapi sejak arwah mempunyai cucunya yang pertama iaitu abang aku, arwah menjadi seorang yang baik dan lemah-lembut. Aku rasa arwahlah orang yang paling baik dalam dunia ni yang aku pernah jumpa. Orang kampung aku pun akui kebaikan arwah ni sewaktu dia masih hidup. Yela aku taupun masa jenazah nak dibawa balik ke rumah kampung aku, waktu tu orang kampung asyik bercakap kebaikan arwah.

Terlalu banyak kenangan aku dan keluarga bersama arwah. Saat arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku dan keluarga tetap berada disampingnya. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 3/1/2006 tepat jam 5 petang. Aku seolah-olah ingin menjerit supaya arwah jangan tinggalkan aku tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan arwah.

Aku lihat mak aku tidak berdaya untuk berdiri dan seringkali pengsan. Mujurlah ada keluarga aku yang lain membantu mak aku menguatkan semangatnya. Tetapi mak aku mengambil masa selama 6 bulan untuk menerima pemergian arwah nenek aku itu.

Kini telah 6 tahun arwah meninggalkan aku dan sekeluarga. Kami yang masih hidup disarankan untuk berbanyakkan berdoa kepada Allah supaya arwah berada disisi Allah. Yang pergi tetap pergi, yang masih hidup haruslah teruskan perjalanannya. Kerana perjalanannya masih jauh lagi.

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Arwah yang dinyatakan adalah Samidah binti Yusof yang meninggal dunia pada usia 64 tahun. (AL-FATIHAH)

No comments:

Post a Comment