Tuesday, August 16, 2011

Mimpi Yang Musyhkil Bagiku

Entry kali nie mengenai mimpi aku. Mimpi ni bukan mimpi indah yer...! Aku agak hairan dengan sesetengah mimpi aku ni. Sesetengah mimpi aku ni menjadi kenyataan bak kata orang barat Dejavoo tapi dalam Islam juga ada menyebutnya mengenai mimipi benar ini.

Ok aku mula mengalami mimpi yang sebegini pada usia aku seawal 11 tahun. Pada ketika itu aku bermimpi, akan ada orang yang aku paling sayang meninggalkan aku di dunia ni. Yang peliknya muka orang tu aku x dapat nak lihat sebab kabur-kabur je. Esok tu aku bagitau kat mak aku pasal mimpi tu, mak aku kate ia mainan tidur je n tu adalah mimipi dari syaitan. Setelah mak aku cakap mak tu aku pun buat x tau je.

Setiap hari setiap minggu, setiap bulan aku akan bermimpi perkara yang hampir sama tapi kisah yang lain. Yang lagi memelikkan perasaan aku, semua mimipi tu x akan berlaku dalam tempoh yang terdekat. Ia akan berlaku dalam tempoh masa yang panjang, contohnya pemergian arwah nenek aku. Aku bermimpi masa aku di darjah 5, tapi perkara tu berlaku sewaktu aku di awal tingkatan 2.

Aku cuba mengkaji mimpi aku tapi hasilnya mengecewakan aku. Dah ramai orang yang aku bertanya tapi semua cakap perkara yang sama macam mak aku cakap (hanya mainan tidur dan mimipi dari syaitan). Aku silap sepatutnya aku bertanya kepada ustaz aku (masa sekolah dulu) yang ada ilmu agama tapi aku bertanya kepada orang yang tidak mempunyai pengalaman dan ilmu tentang perkara itu.

Dari darjah 5 hingga sekarang aku masih mendapat mimpi seperti tu iaitu mimpi benar. Baru-baru ni dalam 2 minggu lepas aku bermimpi aku keluar pergi ke kedai dengan kawan aku sewaktu aku singgah ke rumah dia, mimipi tu dah jadi kenyataan pada minggu lepas hari jumaat petang sebelum berbuka puasa.

Walaupun aku masih terasa musyhkil tapi aku tetap menganggap ia sebuah anugerah Allah kepada aku. Korang nak tau mimipi-mimpi yang paling best yang pernah aku dapat? Oklah aku cuba senaraikan mana yang aku ingat je ok...

Sewaktu di tingkatan 3 lagi beberapa minggu nak PMR, aku mendapat mimpi soalan kertas Geografi. Banyak soalan yang aku nampak tapi jawapan dia aku x dapat lihat macam biasa ia agak kaur-kabur. Setelah aku menduduki kertas tersebut ternyata ia benar...Korang mesti x percayakan? Mesti korang ingat aku mereka-reka cerita kan? Tapi itulah hakikatnya Allah nak tunjukkan kat aku betapa besar sungguh kekuasaan-Nya.

Yang kedua, sewaktu aku masuk ke sebuah pusat latihan iaitu PLKN. Aku ni wira PLKN Kem de' Bana, Jempol ,N9 (wah berlagak sihh)...Oklah2. Pada suatu hari tu aku bermimpi aku masuk ke kem tersebut. Nak cerita panjang-panjang ker xpayah la kan tau sikit cukup la. Lepas aku bermimpi pada hari tu, raya tahun tersebut aku pergi beraya ke rumah kawan abang aku di Sungai Lui. Jadi sewaktu dalam perjalanan aku ternampak kem tersebut lalu hati aku berkata "Ni ker kem yang aku mimpi tu?", aku terdiam membisu dalam kereta abang aku. Lepas tu aku buat tak tau jela what I care...! 2 tahun lepas tu ternyata aku masuk ke kem tersebut. Banyak lagi kisah mimpi aku sewaktu di dalam kem tersebut. Kalo x percaya korang leh tengok kat fb aq kat photo of Faiq Fareq.

Yang latest kalo x silap aku la, masuk ke kolej aku tu. Aku bermimpi kawan-kawan aku, aku bermimpi chegu2 aku banyak lagi la nak cerita x larat nk menaip ni ha...pandai-pandai la korang yer.

Ni fakta yang aku dapat kesahihannya aku x dapat nak menjawab wallahu alam..
Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.



No comments:

Post a Comment