Saturday, March 9, 2013

Hari Terakhirku

Salam semua. Alhamdulillah akhirnya tamat juga pengajian mufakhma di kolej PTPL Seremban. Setelah 2 tahun setengah mufakhma berhempas pulas di kolej untuk menuju ke puncak kemenangan. Tetapi perjalanan mufakhma masih belum terhenti begitu sahaja kerana pada bulan April nanti mufakhma akan menjalani latihan industri di sebuah hospital yang terletak di bandar Kuantan, Pahang. Selama 6 bulan mufakhma akan menetap di sana. Dan selama 6 bulan juga mufakhma akan menjalani, mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sebagai pelajar latihan industri. Mufakhma harap korang semua mendoakan kejayaan mufakhma di sana nanti. Serta dapat menghabiskan pengajian mufakhma yang sebenar-benarnya. Insya Allah. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari ok....

Sunday, February 3, 2013

Launching MLT Club 2013

Assalamualaikum. Ha lama mufakhma x menulis kan.... Hari ni mufakhma nak cerita pasal kenangan yang terukir semasa event Launching MLT Club 2013. launching MLT Club ni kitorang jalankan pada 2 Februari 2013 bersamaan hari Jumaat. Event ni kitorang plan dalam masa yang singkat x smpai sebulan sume dah terlaksana. Pelbagai aktiviti yang kitorang lakukan semasa event tersebut, dan juga terdapat anugerah-anugerah buat lecture kami yang tersayang. 

Pada hari tersebut, mufakhma menjadi mc dan digandingkan dengan kawan mufakhma iaitu Zue. Latihan menjadi mc sangat singkat walaupun ada kekangan semasa latihan tersebut. Mufakhma nak ucapkan terima kasih kepada Zue kerana telah menyiapkan teks mc tersebut. Tanpa teks tersebut tak berjalan event ni.


Event berjalan dengan lancar. Persembahan yang dilakukan juga menghiburkan hati para hadirin yang hadir serta AJK yang terlibat. Persembahan pembukaan dilakukan oleh gabungan sem 3, 5 dan 6 yang membuat persembahan Dikir Barat. Mufakhma sendiri tak dapat nak tunjukkan rasa terharu, bangga, dan sedih melalui tulisan dan kata-kata. Kerana event ini memang cukup menyentuh perasaan lecture-lecture kami.

Ini saja yang dapat mufakhma ceritakan kepada korang semua. Biarlah ianya menjadi 1 kenangan yang terindah yang boleh diingat sampai bila2.