Wednesday, October 17, 2012

Pencinta Haiwan...


    Salam hari ni mufakhma nak cerita pasal kitorang wat khidmat masyarakat kat Zoo Negera. Ade pengalaman manis ada juga pahitnya. Kitorang semua bergerak dari kolej jam 6.30 pagi sebab kami mesti sampai ke destinasi sharp jam 8.00 pagi kalau tidak kami tak dibenarkan masuk. Masuk boleh tapi berbayar, tah pape syarat pihak Zoo Negara ni. 

      Sampai je kat sana kitorang terus dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mufakhma dah bercadang nak sertai kumpulan khidmat masyarakat ni tapi memandangkan Mufakhma bawa kamera jadi terpaksa jadi Cameraman pulak. Yang tak best-nya masa dibahagikan kumpulan facilitator kat situ agak sombong sikit sebab ucapan selamat datang pun tak diberi dah la tu masa bagi taklimat ringkas pun dengan nada yang kasar takde lembutnya bila bercakap.

     Bila dah dibahagikan kumpulan, diorang dibawa ke tempat-tempat yang telah disediakan. Mufakhma yang jadi cameraman ni ditemani mentor Mufakhma iaitu Puan Yanie. Tugas Mufakhma kena ambik gambar aktiviti pelajar dari luar kawasan tempat mereka. Kalau nak masuk kena dapatkan permission dari faci tempat tersebut. Yang Mufakhma tak puas hati....Mufakhma dengan mentor terpaksa berjalan kaki satu Zoo Negara ni penat tau!!!!! Sekurang-kurangnya bagi la kenderaan paling cikai pun basikal ini tak. Mufakhma tak kisah sangat kalau Mufakhma sorang-sorang yang merayau tapi Mufakhma dengan mentor. Kesian dia letih berjalan. Sampai satu tahap dia terpaksa rest sekejap.

        Yang lagi tak puas hati pasal harga! Ye kedai-kedai yang ada dalam Zoo Negara ni mencekik darah ke ape mahal sangat mengalahkan Genting Highland pulak. Air mineral sebotol RM2, kat Genting baru RM1.50 je aptb betul.....

ni combie comel x name die?

     Walaubagaimana pun, pihak faci bagi kebenaran untuk melawat Zoo Negara selepas tamat aktiviti khidmat masyarakat kami dengan haiwan-haiwan yang berada di Zoo Negara ini. Mufakhma dengan yang lain-lain gunakan kesempatan yang ada. Dalam jam 12.00 tengah hari kami berkumpul di tempat di mana kami berkumpul pada mula-mula kami sampai. Dan untuk penutupan khidmat masyarakat ini kami mengambil gambar sebagai tanda kenangan kami yang telah berjaya melakukan aktiviti khidmat masyarakat tersebut.


    Oh lupa nak bagi tahu sesi penutupan kami tanpa ucapan TERIMA KASIH dari pihak Zoo Negara. Lepas habis aktiviti kami dibiarkan macam tu saja. Bukan susah nak ucapkan TERIMA KASIH pun dan tak mati pun. Tolonglah pihak Zoo Negara tunjukkan sifat kemesraan anda itu jangan pilih kasih kami juga tetamu anda. Kenapa dengan bangsa asing boleh buat tapi dengan rakyat sendiri????? Boleh dikira dengan jari ada beberapa saja pihak faci yang mesra, yang lain hermm tak tahu apa nak cakap. 

Oklah...itu saja cerita dari Mufakhma yang dapat dikongsikan dengan anda semua. Mufakhma nak minta maaf jika Mufakhma membuat anda terasa dan juga pihak Zoo Negara kerana telah menceritakan keburukan pihak Zoo Negara. Niat Mufakhma bukan nak memburuk-burukkan tapi untuk memberi kesedaran agar menunjukkan sifat kemesraan dan jangan pilih kasih...Ok sekian....

No comments:

Post a Comment